Friday, 17 August 2012


ASSALAMUALAIKUM...SEKIAN LAMA MENDIAMKAN DIRI,HARI INI TERGERAK HATI AKU UNTUK MENULIS SESUATU.RAMADHAN HAMPIR BERLALU SYAWAL BAKAL MENJELMA MENANDAKAN KEMENANGAN BAGI UMAT ISLAM DI SELURUH PELUSUK DUNIA INI..DENGAN RASA RENDAH DIRI AKU SUSUNKAN 10 JARI INI MEMOHON AMPUN DAN MAAF DZAHIR MAHU PUN BAHTIN..AKHIR SEKALI AKU INGIN BERPESAN KEPADA SEMUA DAN KEPADA DIRIKU SENDIRI,JANGANLAH KEPULANGAN KITA DIIRINGI AIRMATA DUKA...."BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU"

Monday, 25 June 2012

"YES SIR..YES TUAN"


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...Bila terbaca berita diatas..sekonyong-konyong aku teringat kembali kes di Sauk (Bukit Jenalik)..Senarionya agak sama cuma modesperandi agak berbeza sedikit..Tapi apayang hendak aku perkatakan disini adalah sistem kawalan pengkalan yang agak @ mungkin terlalu longgar..adakah pengawal pada hari kejadian lalai @ badi bila lihat paku dibahu dan mulalah terkeluar "yes sir"..Sikap sebegini tidak sepatutnya ada pada seorang anggota tentera,yang mana setahu aku pengkalan-pengkalan tentera bukan mudah untuk di masuki...apa yang nak di takutkan pada pangkat di bahu..bukan kah anda sedang menjalankan tugas?....Satu hal lagi yang menbuat aku rasa agak pelik,kenapa setiap kejadian sebegini kerap kali berlaku di pengkalan tentera sahaja..Baiklah di sini aku haendak membantu pegawai risik yang menyiasat..Kenapa senjata palsu itu di bawa masuk?...sudah pasti senjata palsu itu akan menggantikan tempat senjata yang sebenar agar tidak sedar@ketara senjata sebenar sudah hilang...maka...jika diamati ianya sudah tentu ada "orang dalam" yang bersekongkol..."line clear"..bak kata orang Penang...Jika sebilangan senjata dapat dibawa keluar maka gempar lagilah negara kita..,dan menjadi satu lagi "agenda" kepada parti-parti pembangkang..jay beee "peace yowwwwwwwww"

Tuesday, 12 June 2012

"OKU ALAF BARU"


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepadasemua warga blogger..Anda sudah baca antara berita utama metro hari ini?...Tahun ini baru memasuki bulan Jun,tak silap aku sudah 3 kes seksual melibatkan OKU dan n 1 kes dah dijatuhkan hukuman..mesti ramai dia antara kita yang agak terkejut,tidak berapa nak percaya..tetapi kita juga terlupa OKU juga menpunyai hawa nafsu sahwat seperti orang lain..seperti orang yang normal...bukan semua berperangai sebegini tetapi bak kata orang tua.."akibat seekor kerbau bawa lumpur semua terpalit"..moralnya disini mulai sekarang kita kena juga berhati-hati dengan golongan OKU yang kita sangka terlalu istimewa ini..Pada golongan ini aku juga hendak memberi sedikit nasehat agar jangan terlalu menggunakan "keistimewaan" anda untuk terlalu meraih simpati masyarakat..Ada kalangan kamu yang sanggup diperalatoleh sindiket-sindiket,contoh yang paling mudah berniaga tissu muka..dimana pada aku ini minta sedekah secara paksa diheret perempuan celik pulak tu..cuba anda fikir bagaimana OKU ini boleh berada di RNR seremban arah selatan jika tidak dibawa oleh pehak-pehak terbabit..Akhir kata tingkatkan kewaspadaan kita semua

Saturday, 2 June 2012

"SATU PENDEDAHAN TETAPI......"


Assalamualaikum dan salam pagi sabtu 2/6/2012...Astarghfirullah...ada juga perempuan bergelar isteri dan perempuan yang sanggup berbuat sebegini terhadap sang suami...sanggup menyekutukan Allah dengan bomoh @ dukun...dikunci nafsu suami hanya kerana tidak mahu berkongsi kasih..Aku rasa cerita ni semua pun sudah maklum...Apa kata ambil cermin dan lihat diri sendiri lepas tu tanya "apa kekurangan aku"sehingga suami sanggup buat hubungan sulit..yang si lelaki pun buat yang sama "kenapa isteri aku curang"..insyaallah akan terjawap dimana silapnya...apa puncanya...nescaya ada jalan penyelesaiannya...Syabas diucap kepada wartawan petikan ini..tak lupa juga kepada "kak mas" yang telah berjaya memulihkan para-para suami yang dikunci nafsunya...Apa yang menjadi soklannya sini,mengapa mesti cari tukang urut perempuan?..adakah anda-anda semua perasan?..tidak kira lah walau usia beliau sudah menjangkau golongan warga emas...sudah tiada lagi ke pengamal urut batin lelaki di malaysia sekarang?..Rakyat malaysia ni selalu @ terlalu memperkatakan soal "haram"..kfc haram...mcD haram...roti gardeniar haram...takkan lah yang ini hendak dihalalkan?..Pendedahan itu satu kebaikan kerana mengingatkan kepada semua agar menjadi satu pengajaran,sang reporter juga mestilah berhati-hati akan sensiviti ini..terlepas pandang mungkin..apa pun berita telah tersiar di dada akhbar dan pasti ramai yang akan berfikir sama seperti aku..Maafkan aku jika coretan ini menyentuh @ terasa hati kepada mereka-mereka yang terbabit..jay bee..PEACE YOWW!!

Wednesday, 23 May 2012

"DEBAT OH DEBATE"


Assalamualaikum dan salam sejahtera..Aku rasa ramai yg tengok dan juga tidak ramai yang menonton sessi debat di saluran Astro Awani malam semalam..Tajuk debat yang menarik..syabas kepada pihak penganjur siaran..Sessi debat semalam tidak lari dari politik sebenarnya dan ada kala soklan yg di tuju oleh pehak saudara  Rafizi mahu pun saudara KJ tersasar dari tajuk yang dibahaskan..seolah-olah berbaur politik dan cuba menbuka pekung antara kedua pihak..hanya tak sampai 30% rasa aku berkisar pasal PTPTN...bagi penyokong kedua pihak bersorak-sorak bila pendebat mereka berjaya membuka pekung peribadi  pihak lawan...Srbenarnya bukan itu yang aku..orang aku tak tahulah..Pendebat harus membuktikan dimana relavannya pendapat yang dibawa oleh mereka...Saudara Rafizi ada mengatakan negara akan jatuh bangkup  dalam masa 10 tahun jika PTPTN ini diteruskan dan syabas Saudara KJ menjawap pihak pembangkang tiada perancangan perkembanapigan ekonomi dan itu memang ada asasnya..Jika di lihat dan amati mesti sudah banyak pihak-pihak bank bankrup jika memberi pinjaman peribadi kepada individu perseorangan...tapi kenapa masih bertahan..masih terus menawarkan tawaran pinjaman yang menarik?Adakah pihak Saudara Rafizi  terlepas pandang contoh penjanaan eknomi sebegini?..Disamping itu ada juga soalan yang di tuju kepada saudara KJ tidak berjawap sehingga ke akhir debat walaupun sudah berulang kali di ajukan...di ingatkan..sehingga ke pengulungan masih dinyatakan masih tidak berjawap..Aku rasa semua rakyat Malaysia patut di bagi tahu..di perjelaskan ke mana RM sebanyak 240billon jika taidak silap aku angkanya...kemana arah di gunakan oleh Saudara KJ dan Mantan Perdana Menteri (bapa mertua KJ)...aku rasa Saudara KJ perlu menjawap soalan itu..tapi sayang Saudara KJ buat tidak endah dan seolah-olah perkara@sokalan itu tidak wujud...So pendapat peribadi aku sendiri PTPTN perlu di teruskan demi anak bangsa dan seluruh warga yg bergelar @ akan bergelar mahasiswa..bukan semua berkemampuan...untuk bersaing ke menara gading...sebagai pulangannya setiap peminjam perlulah merasa amanah diri dengan membayar balik pinjaman demi menjana kembali ekonomi negara yang telah membantu kamu-kamu sehingga berjaya dan janganlah menangguk dia air yang keruh demi kepentingan politik seseorang..wallahualam...JAY BEEEEE!!!!!!!!!!!...PEACE YOWW!!!

Monday, 21 May 2012

"ALI BABA @ KASSIM BABA"


Assalamualaikum kepada semua warga Malaysia..Perasan @ tidak @ saja tidak mahu ambil tahu dengan apa yang sudah jadi terang-terang di depan mata..Aku hari ini hendak berbicara berkenaan warga asing yang memonopoli kiosk di pusat-pusat membeli-belah terkemuka..Rata-rata kiosk ini di kendalikan oleh warga asing terutama dari pakistan..aku pun tidak faham kenapa jadi begini..kiosk yang dahulu di kendali@dijaga oleh warga tempatan kini sudah berubah..seolah-olah kita berada di luar negara..Apa sudah kaya ke tuan punya perniagaan ini@sudah di "ali baba"kan?..Minggu lepas aku ke Cameron Highland juga keadaan tidak jauh berbeza..hotel-hotel yang tidak berbintang rata-rata warga asing yang menguruskannya..pekerja ladang jangan ceritalah..bersepah sehingga keadaan disana tidak lagi seperti dahulu..pengotor dan banyak sampah di longgok disana-sini..Sekarang kita ke area Chow kit pula..20tahun lalu bazar makanan di pasar buah-buahan (sebelah Bomba Wilayah) seronok rasanya bermacam-macam pilihan masakan makanan dari utara hingga ke selatan tanahair boleh di dapati di situ..tetapi sekarang..yang ada hidangan dari "aceh hinggalah ke jakarta" yang di jual..bukan nak kata lah kembang rasa tekak aku hendak menjamu selera di situ lagi...di mana-mana sahaja di seluruh pelusuk negara warga-warga asing ini sudah menunjukkan belang dengan mengawal eco-ekonomi peniaga kecil..Kerajaan mennyediakan berbagai kemudahan..pinjaman..tapi setelah semua di perolehi perniagaan di 'ali baba'kan..nyata nampak rakyat malaysia ini malas..suka mendapat 'easy money'..Bangunlah..bangkitlah wahai golongan peniaga kecil..jika kamu berhijrah ke negara mereka belum tentu kamu boleh berniaga disana..oppssss aku terlupa..rakyat malaysia lu ke sana hanya mahu melancong...berhabis Rm di negara mereka macam orang kaya gamaknya...tetapi warga-warga asing ini kumpul dan hantar Rm balik ke negara mereka..Yang bertambah aku lihat perniagaan rumah pelacuran..rumah urut..al-maklum la bini diorang ni semua jauh so wanita-wanita kita tidak kurang juga wanita warga asing mengambil peluang kaut untung di dalam industri seks ini..Kepada pehak @ badan yang berkuasa silalah ambil berat keatas keaadaan ini..Aku tahu bermacam-macam yang sudah di lakukan untuk mengekang keadaan ini..tapi aku rasa tidak mencukupi maaf jika aku kata ianya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja...untuk mengaburi mata rakyat yang tindakan sudah diambil..please hentikanlah sandiwara ini...Kami hanya rakyat biasa yang hanya boleh bersuara tetapi tidak mempunyai kuasa untuk bertindak...jay bee!!! peace yoww!!

 

Saturday, 19 May 2012

"LAUTAN API SANGGUP DI REDAH"


Assalamualaikum dan selamat pagi..ari ini aku nak merapu..Sesekali merapu ni syok juga..komain lagi cik abg tu terbang atas gelungan api...ye lah nak tunjuk terror la tu gamaknya..bak perpatah lautan api sanggup ku redah...heheheh..abg ooo abg..lautan api neraka ada brani? ekekekeke..apa kata jgn lompat..cuba "crawl" dalam gelungan api tu baru la real bro..mahap bro mahap..ni gambar tamat latihan komando maroon barret di Sg.Udang Melaka sebenarnya..syabas wat para komando kita..ehhh..tapi yg aku dgr citer geng-geng komando ni sekarang dok wat bakti repair rumah-rumah orang asli di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan...syabas sekali lagi..sementara negara tengah aman ni eloklah berbakti pada masyarakat..tak kan nak dikata makan gaji "blind" ye tak ekekekekek....."Inilah Barisan Kita..Yang Ikhlas Bertukang"....ekekeke Jay beee!!!! PEACE YOWWWW!!!!

Thursday, 17 May 2012


Salam sejahtera ke atas kamu...Anda lihat photo diatas?...Inalillah..seorang anggota PDRM meninggal dunia semasa mengejar penjenayah demi menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia..Tetapi pernahkah anda terfikir apakah sumbangan anda kepada negara?..AL-FATIHAH dan semoga waris serta keluaganya mendapat pembelaan dan perhatian yang sepatutnya..Amin..

Tuesday, 1 May 2012


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..Mungkin ini lah kefahaman mereka..melayu..cina..india..sikh..dan lain-lain,sama-sama merusuh dan melanggar undang-undang negara..Inikah 1Malaysia mereka?..Mahukan kita semua berperdana menterikan si Ambiga?..Yang mana di bonekakan oleh "A.I"?..Selisih malaikat 44 kata orang-orang tua..Pada yang pro bersih kalau menbaca entry ini memanglah dia kata aku ni bohong..tapi sebagai  salah seorang petugas disana jangan la korang nak "cong" aku..Demontrasi "duduk bantah" secara aman dalam sekelip mata berubah menjadi ganas dengan sekali isyarat dari "A.I" kepada Azmin Ali..Wahai "A.I" mengapa kamu membiar penyokong kamu ditangkap sedangkan kamu lari menuju ke Jalan Dang Wangi sebaik rempuhan dibuat?seolah-olah kamu meninggalkan penyokong kamu dan tidak pernah tahu ianya berlaku..KM Penang pun dan-dan menyalahkan PDRM..wey apek..lu jauh di Penang apa lu tau..Pada  
yang ditangkap kerana menimbulkan keadaan huru-hara aku nak tanya ada ke diantara ambiga @ "A.I" melawat kamu?..ada kah diantara mereka yg menjamin kamu?..siapa yang jamin kamu?..PDRM juga..sebab apa?..PDRM tidak mahu isteri...anak..mak ayah kamu risau @ buang duit menjamin orang yang seperti kamu..lihatlah sebahagian dari kerosakan harta awam yang telah kamu kamu musnahkan..lihatlah


Tidakkah kamu merasa bersalah dengan apa yang sudh kamu lakukan?...Ganti rugi Bersih 2 pun pihak penganjurnya tidak mampu laksanakan,tuntutan baru yang akan dibuat..sedarlah si Ambiga dan"A.I" mahu memperalatkan kamu semata-mata kepentingan politik beliau..Apa kamu sanggup hidup didalam darurat jika Bersih 4@5@6 terus diadakan?..Bukalah mata dan minda anda yang terlibat semua..Pada Pasukan yang memakai baju maroon (lihat gambar atas) seiringkanlah nama pertubuhan kamu..Aku tahu kumpulan kamulah yang memulakan rempuhan 28/4 lalu..aku pasti jika semangat kamu tinggi seperti ini ada lebih baik kumpulan kamu jadi sukarelawan ke Palestin..pahala jihad untuk anda-anda semua..tapi sayang apa yang kamu lakukan dinegara sendiri adalah satu "jenayah"..ya "jenayah" demi si "PM" Ambiga..hmm dimana pulak kedudukan si "peliwat sedunia" lepas tu?..Hari ini 1 Mei..aku menyeru dan memohon pada anda-anda diluar sana..peliharalah keamanan yang sudah sekian lama kita nikmati ini...kita sudah merdeka..jangan biarkan anasir-anasir jahat "itu" mempengaruhi fikiran kita semua..bagi aku selamanya...Jayyyy Beeeee.."PEACE YOW"

Thursday, 26 April 2012

"SAMPAI PENCEN DIA AKAN INGAT"


Assalamualaikum dan selamat pagi khamis..."Hok alah,bocah iki" (dalam bahasa jawa)...kalau ye pun nak tidur tu balik le rumah bhai..Ini lah satu adegan@babak yang paling tidak di gemari oleh anggota pasukan beruniform...Ianya akan meninggalkan kesan yg amat mendalam pada yang terlibat..bak kata "tercalar rekod"..Pada yang biasa melihat perbarisan mesti ingat ianya suatu yang mudah,asalkan kerja beruniform..betul tak?..Hendak berkawat ni sama juga lah macam pilot..seboleh-bolehnya kena lah berehat secukupnya...tidor awal..elakkan meminum miniman keras..stamina kena ditahap yang baik dan jika boleh elakkan hubungan seks sehari sebelum hari berkawat..jika tidak ini la akibatnya..tidur atas karpet...seb bek karpet kalau tar?..silap-silap mau hilang gigi 1-2 batang bro..gunakanlah segala teknik yang sudah di pelajari..tapi jika dah stamina tidak baik tak mau juga bro..ekekekek jaybee..PEACE YOWW

Monday, 23 April 2012

"NA..NA..NA TGANU KITE"


Assalamualaikum dan salam sejahtera...Sari berita utama..cewahhh terasa macam pembaca berita jam 1.30 pulak.."MAKANG BOLA..TIDO BOLA" (slang ganu)..apa korang pasukan kalah pun nak amuk pengurus ke..bak kata perpatah yang tidak termaktub di Dewan Bahasa dan Pustaka .."BOLA BULAT" adat permainan ada menang ada kalah tak pun draw..tolonglah jangan diamalkan budaya barat ni..malu Sultan kamu..malu Menteri Besar kamu..Aku ada cadangan yang lebih baik..memandang kamu-kamu semua suka dan berbakat baling-baling batu,apa kata daftar diri dan jadi sukareala skuad "Pembaling Batu Elite" di Palestin sana..Haaa..amacam?..ada bran?..dapat pahala jihad kamu..Jayyyy Beee.."PEACEEEE YOWW" 

Sunday, 22 April 2012

"PTPTN....JOM KITA FIKIR SEJENAK"


Assalamualaikum dan selamat pagi..Salah satu isu besar negara kita kini adalah isu desakan pemansuhan 4.3 bilion pinjaman PTPTN..Hal ini pun jadi nak dipolitikkan sesetengah pihak yang anti kerajaan..Untuk apa di isukan hal ini?..nak beri perhatian pada graduan2 yg sudah meminjam?..pulangannya adalah dalam bentuk sokongan..undian di PRU 13 yg bakal menjelma..Aku nk story la sikit dul zaman2 aku study tak de pinjaman2 ni..bayangkan betapa susah anak2 melayu hendak melanjutkan pelajaran...kemudahan sekarang seiring dgn IPTS yg wujud cam cendawan lepas hujan..bukan semua yg pegi ke IPTS tu bijak2 belaka...tapi saja konon malu..ye malu ngn result yg tak berapa boleh ke IPTA..tapi aku ucap syabas sebab semangat untuk maju dan bersaing tu wujud..Maaf cakap la mungkin 100% pelajar melayu yg dah grad@masih di IPTA@IPTS meminjam PTPTN..Sudah menjadi adat orang melayu semua mahu percuma..disuap..agaknya mungkin 1 hari nanti hendak kahwin pun mintak kerajaan yg tanggung..Jika sudah meminjam tu wajib la di bayar..bagi yang sudah meminjam aku tau inilah masa yg sesuai tukorang berjuang bersama dia yg mencadangkan semua ini.."untung sabut timbul" ye tak?..jangan lah jadi seperti "kacang yang lupakn kulit"..Agenda ini di timbulkan pembangkang...bolehkah pihak pembangkang menangani jika memerintah malaysia?..Ini semua mainan minda dia orang kepada orang yg suka "menangguk dia air yg keruh"..Perihatin la konon..Sebagai contoh aku bagi 2 negeri saja dia bawah pembangkang untuk korang2 pikir..Selangor dan Pulau Pinang saja cukup...jika pehak pembangkang ni betul2 perihatin dan banyak sumber RM..mengapa tidak dimansuhkan sahaja cukai tanah dan pintu di 2 negeri jajahan pembangkang sekarang?..cuba fikir kenapa?..mansuhkanlah semua itu..kalau tak pun buatlah agenda pehak2 bank patut memansuhkan jumlah hutang rakyak malaysia ni..agak2 hendak@tidak depa2 wujudkan agenda ini...FIKIRLAH..setakat hutang PTPTN tu berapa billion sangat..tidak cukup perihatin pada aku...Disini aku cabar kamu wahai pembangkang untuk timbulkan isu ini pulak..Jayyy Beeee.."PEACE YOWW"

Friday, 13 April 2012

"HINDARI BERSIH 3.0"


Assalamualaikum..lama sudah aku tidak membuat nukilan disini..maklumlah sibuk sikit dgn tugas harian yg diamanahkan.."BERSIH 3.0"..hmm apa lagi yg tidak memuaskan hati depa2 kat atas tu..hihihihi pic tu aku paste dari blog badut rakyat..1 pic je kurang rasa aku...Ambiga ..leh tak de lak dalam senarai diatas..dia tu "mak" segala badut..yang melayu2 pulak bagi sokongan tak berbelah bagi..atas dasar apa?....kepentingan politik..masing2 nak jadi peminpin..nak jadi perdana menteri malaysia..sudah2lah menggunakan rakyat..wanita...kanak2 menyertai kempen korang...ini bukan amalam demokrasi di malaysia..ini budaya pemberontak...korang rasa last2 sapa yg akan di persalahkan...suhakam akan mula menyiasat siapa?..Polis juga yg kena...polis juga yg ganas dan tak berhati perut...korang nampak tak kenapa sasaran dia orang adalah PDRM?....sebab polis adalah badan yg menjaga keamanan n penguatkuasa undang2 di malaysia...

Dipagi jumaat yg mulia,penghulu segala hari ini aku merayu n menyeru pada semua golongan..tak kira bangsa hindari dan katakan tidak kepada "BERSIH 3.0"..Pada golongan veteran imbaslah kembali bagaimana susah payah dan perit kita semasa dizaman penjajah dahulu..pada yang muda..hargailah keamanan yg sudah lama anda2 nikmati...pada golongan elite dan terpelajar  ingat lah siapa yg bagi peluang anda belajar di ipta@luar negara...siapa yg bagi kamu biasiswa?...Aku disini hanya pencinta kedamaian dan anti demontrasi murahan
assalam...jay beeeeeeeeeeee ...PEACE YOWW

Sunday, 1 April 2012

"NASIB SI RAJA JALANRAYA"


Assalamualaikum..sebelum memulakan bicara sekalung Al-Fatihah buat sahabat bersebelahan mejaku saudara Ishak bin yaakob..semoga rohnya di tempatkandi samping org2 yg beriman..Amin.
Apa dah jadi ni..ambulan pun kena langgar?..mana silapnya?..memang dah lama aku nak tulis sal ambulan ni,ari ni baru berkesempatan..kadang2 tu rasa tak puashati pun ada dgn ambulan ni...trafik light merah,dan2 bunyi siren..padahal tadi elok je jalan bertali arus..aku tulis ni bukan apa sebab aku penah follow 1 ambulan sampai hospital..hampeh!!..tak de pesakit pun..saja nak cepat..rehat terlebih masa agaknya..cam ni lah aku cuma nk bg tau siren tu bukan lesen tuk kamu jadi raja n laju di atas jalanraya..bayangkan klu laju n ada pesakit di dalam tak ke bertambah sakit jadinya..siren tu cuma satu alat amaran pada org ramai bukan amaran untuk memandu laju..apa2 pun maaflah lu aku tersilap..PEACE YOWW

Sunday, 25 March 2012

"KOMUNITY SEJAHTERA,KOMITMEN KAMI"


POLIS SEDIA BERKHIDMAT
PADA NEGERI DAN RAKYAT
HIDUP BERBAHAGIA
AMAN SENTOSA
POLIS SEDIA BERKHIDMAT

Selamat menyambut perayaan HARI POLIS DIRAJA MALAYSIA yang ke 205 tahun..Di harap warga kerja PDRM terus mengekalkan perkhidmatan yang tercermerlang,cekal,berdisplin, serta tabah menghadapi segala ujian dan tekanan..Bersama kita membenteras jenayah untuk kehidupan yang lebih aman dan harmoni..
jay bee..PEACE YOWW

Thursday, 22 March 2012

"TIPAH MENIPU"


Assalamualaikum....1hb April belum lagi tiba,tapi kita rakyat malaysia semuanya sudah tertipu dek angkara seorang budak perempuan berusia 14 tahun..."hampeh"..yeye ar je menjerit minta tolong kata si adiknya..rupa2nya..dengan rela hati bermalam di rumah teman lelaki...tak tahan dengan tekanan perasaan kononnya lah..so apa tindakan ibapa gadis ini?...terang2 dia bagi tahu satu malaysia dia menghadapi tekanan perasaan yg aku pasti berlaku di rumah...setuju tak korang...ni mesti kes cinta terhalang..ye lah mana tak si gadis baru 14tahun si boipren dah 26tahun..mak ayah mana pun mesti cuba halang...adik..masi jauh lagi perjalanannya..belajar la dulu...tapi kalu dah gatal sangat elok di"kawin"kan saja selesai masalah..kalau tidak esok2 lari rumah lagi..nanti "Tipah Tertipu" lagi..jay bee..PEACE YOWW...(kawinkan aje bang)

Tuesday, 20 March 2012

"CULIK SANA KIDNAP SINI"


Salam sejahtera buat semua pembaca..Pagi Isnin ini kita sekali lagi digemparkan dengan berita penculikan seorang kanak2 perempuan berusia 13 tahun yang hanya ke kedai untuk membeli "topup" bersama 2 adiknya dimana jarak tak sampai 100m dari rumah...kejadian berlaku di Kuantan Pahang.Tidak selamat lagikah persekitan tempat kita sekarang agaknya..Belum reda kes adik "Dirang"..timbul pula yg baru..adakah bermotifkan dendam juga@ada agenda lain di sebalik penculikan..

Tapi bukan ini yang hendak aku  bicarakan sebb apa?...kes lalai..terlalu beri kepercayaan dan selalu sangka air yang tenang tiada buaya...maka mengundang kepada penculikan...anda pernah terbacakan diculik di hadapan rumah?..ini pun bukan hendak aku bicarakan..

Pagi ini salah satu stesen radio tempatan telah membuka talian pada pendengar untuk memberi pendapat pada kes terbaru ini...Dari dalam kereta semasa perjalanan ke pejabat...aku rasa sedih..terkilan dengan komen2 yang diberi..Rata2 menyalahkan pihak berkuasa...Yang paling aku rasa tak patut ada la 1 "akak" ni terang2 menyalahkan pihak polis kerana gagal menjalankan tugasnya...Aku rasa akak ni kurang didedahkan dengan info..selalu menuding jari meletak salah pada orang lain..tahukah anda semua berapa nisbah 1 anggota polis kepada penduduk?..meh aku nak bgtau kat korang 1 anggota Polis : 200 orang penduduk..cubalah bayangkan mereka hanya ada 2 kaki..2 tangan..2 mata..2 telinga..sedangkan kita termasuk la "akak" tadi anak yg tak seberapat pun tak semua kita dapat jaga @ bagi perhatian ini kan pula 200 orang...Disini aku nak tanya kat "akak" tu..berapa ramai pulak orang awam yg sanggup tampil kehadapan untuk menjadi saksi?...beri keterangan...beri maklumat pada Polis?..boleh dikirakan..why not guna "Aduan Rakyat" untuk memberi maklumat..jangan la balik2 longkang sumbat...salur najis tak diurus...terbuka tak minda korang nak guna segmen tu?..glemer jemah oii dapat masuk tv..tak nak ker?..Rakan Cop pun ada gunalah berjuta2 ringgit dah dibelanjakan untk rakyat bersama membenteras jenayah..tapi apa hasilnya?..wahai "akak" yg petah menuding jari sedarkah anda komen anda telah menguris hati ratus ribu anggota Polis termasuk lah yg sudah bersara..Sama2 lah kita jalankan tanggungjawap kita sebagai warganegara yang benci "Jenayah"...fikirkan..Jay Bee....PEACE YOWW

Wednesday, 14 March 2012

"INI BUKAN JIRAN TAPI SETAN"


Assalamualikum..suasana pagi sejak semalam kita di gemparkan dengan terbongkarnya satu misteri kehilangan adik "Dirang"di Masai Johor..sebelum itu sekalung tahniah n syabas pada pasukan PDRM dan pemberi maklumat  sehingga menbawa kepada 4 tangkapan termasuk si bapa mangsa..hmmm dendam..akibat dendam di"hina" nenek si mangsa,seorang jiran sanggup membunuh gadis seusia 5tahun...mari kita letak situasi kita  menjadi Dirang sebentar..cuba bayang detik2 akhir bergelut dgn maut..adakah dia dirogol...dan adakah selepas itu di cekik  hingga mati?....di pukul dikepala dgn objek keras?..Ya Allah...bagaimana dia mengelitik mintak nyawa..dan akhirnya dibakar..Jiran yg sepatutnya bagaikan saudara bertukar menjadi bintang buas..siapa yg hendak di persalahkan dalam hal ini?..Secara civil sudah tentulah si jiran yg bersalah..tapi terfikirkah puncanya..sebab di hina?..itu mungkin salah satu sebab..hukuman biarlah di adili di mahkamah..tapi sebelum itu jika si nenek membaca entry aku ini..saya mohon si nenek berfikir sejenak..Nenek..adakah anda sedar ini semua berpunca dari mulut kamu yg celupar...menghina kata tanpa memikirkan maruah orang hingga menjadi demdam kesumat..kerana mulut nenek..anda telah menukar@mencipta seorang jiran yg baik menjadi pembunuh yang amat kejam dan seorang cucu anda menjadi mangsa..ye semua akibat mulut kamu wahai nenek..."KERANA PULUT SANTAN BINASA,KERANA MULUT CUCU JADI MANGSA"...Moralnya disini..jagalah setiap apa yg hendak di perkatakan..fikirlah dahulu perasaan orang lain tidak kira walau kita sedang marah...kita dikurniakan akal...berfikirlah secara waras..Wahai si nenek maafkan aku kerana mencoret sebegini rupa..aku cuma mahu kamu berfikir sejenak kerana yang tua tk semestinya semua betul dan yang muda tak seharus dipandang serong..Al-fatihah buat adik Dirang..jaybee..PEACE YOWW

Sunday, 11 March 2012

"MARI KITA RENUNGKAN"


Assalamualaikum n salam sejahtera..aku rasa kita selalu terdengar @ ada dikalangan kita @ ahli kelurga yg dikatakan terkena buatan orang iaitu "SANTAU"..apa pendapat korang akan hal ini?..aku tertarik bila membaca satu artikel di akhbar tempatan ni yg para doktor2 & saintis2 di dunia seolah2 menidakkan kewujudan alam ghaib..ganguan jin @ yg sewaktu dengannya..aku amik sikit je lah ea kang banyak2 kena saman juta2 lak ekekekek..seblom tu aku nak ingatkan kat para doktor n saintis..dalam al-quran pun ada di sebut akan benar kewujudan syaitan..jin..dan kenapa serta tujuan depa2 di wujudkan tak lain & tak bukan untuk mengoda..menyesatkan anak adam..ya aku setuju hantu itu tidak wujud..yg wujud hantu kak limah saja sebb berjaya di filemkan & dapat box office kat malaysia..mari kita sama2 fikirkan dan buat rumusan punca2 yg telah di simpulkan oleh para saintis2 sedunia ini......

PUNCA:
1. mempunyai keturunan yg sakit mental
2. mempunyai sejarah sakit mental
3. melahirkan anak
4. komplikasi ketika hamil
5. komplikasi ketika melahirkan
6. masalah sosial.

Pada pendapat aku semua punca tu yang dapat di kesan di sebbkan dia npk cuba tengok yg ke 6..aku rasa itu punca segala punca yg di simpulkan oleh para saintis..so jeng3 camner pulak jika seorang pesakit datang ke klinik @ hospital balik hampa begitu sahaja bila di beritahu dia sehat,tidak sakit senang cerita sakit tak dapat di kesan oleh perubatan moden...sedangkan dia rasa dirinya sakit..hmmm sehat tapi perut busung...muntah darah..boleh ke para doktor n saintis wat penjelasan dalam hal ini?..bukan apa sbb aku pernah alami bagaimana rasa ibuku meninggal kerana santau..hostpital kerajaan @ swasta semua kata ibuku sehat..dan akhirnya meninggal..keterlaluan moden mungkin menbutakan para saintis n doktor dalam ilmu alam ghaib..please jgn nafikan kewujudan yg telah sedia ada..kajilah...ok lah korang buat la kesimpulan korang..jbee "peace yoww"

Sunday, 4 March 2012

SELAMAT DATANG


Assalamualaikum n selamat datang pada anak yang baru dilahirkan ini...sungguh comel kembar 5 lagi..jap2..ada i bby yg berbalut dgn kain pink hmm bby girl rasa aku..sekalung tahniah buat si ibu n tentu si ayah merasa bangga..."aku ada 5 bby kembar..kamu ada?" agaknya itulah yg diperkatakan dalam hati..melihat bby comel ni berbaring sederet,kalau la aku boleh ada kembar 5 cam ni alangkah happynya..sah berlaku kekalutan semasa nak beri susu..pakaikan baju..keperluan depa..tapi kekalutan tu lah yg akan buat parent dia tersenyum one day..pada parents kembar 5 ni kenalah banyak2 bersabar berilah pendidikan dunia dan akhirat yg secukupnya..wahai si anak berjanjian kamu agar menjadi masyarakat yg berguna dan yg boleh dibanggakan ibubapa kamu dan disanjung negara...amin yarabbalalamin..

Saturday, 25 February 2012

"APA DAH JADI"


Assalamualikum..ceriakan lah pagi anda..senyum selalu kerana senyum itu adalah sedekah dan senaman yg baik untuk muka anda..tapi jgn 24jam senyum sendiri nanti ada yg kata "sinting" pulak ekekek..Apa dah jadi cuba tengok keratan akhbar tu...hishh...kenapa la ada wanita yg selamba melondeh pakaian untuk di jadikan model demo?....macamana permit boleh di perolehi?...tiadakah pemantauan dari pihak berkuasa tertentu?...mujur ada pasangan suami isteri yg membuat pendedahan ini...Jika hendak anjur kursus urutan sekali pun pihak penganjur kenalah pastikan masa membuat demo tu dia asingkan antara laki2 dan wanita..walau di asing sekali pun..masa demo tu agak2 la..tak kan sampai berbogel..ini kursus urut @ kursus meraba?..pada si model pulak kenapa la anda tidak berfikir panjang...anak siapa la tu?...nk glemer pun buat la cara lain..tidak malu kan setiap milimeter tubuh anda di ratap mata laki2 dan ppuan?..hmm watnya ada kurap?..pada si pembuat demo pulak puaslah awak meraba tubuh si wanita tu...free..sapa yg tak nak ye tak?..DBKL buat la sesuatu pada masa2 akan datang..jgn fikir keuntungan yg masuk sahaja..berilah sedikit perhatian,tidak salah rasa meletakkan seorang anggota di setiap kursus sebegini untuk tujuan pemantauan kerana pihak anda yg mengeluarkan permit..@ tubuhkan satu unit pemantaun dan siasatan Jabatan Agama Islam...POLIS pun boleh di pelawa menyertai unit demi menbenteras perkara mungkar...Rasa semacam sudah tahu alasannya.."Kurang Kakitangan"..tapi boleh di pertimbangkan bukan cadangan bodoh aku ini?.Bila sudah ada pendedahan seperti ini warga malaysia akan pasti berkata dgn sebutan baru "APA CELOP?"..siapa yang nak jawap semua ini agaknya dan apa tindakan terhadap penganjur kursus?..aku akan nantikan perkembangan kes ni..telus @ tidak.Rasa sudah cukup kot aku bebel pepagi ni yg di luar sana hati2 lah sebelum menyertai apa2 jenis kursus..Jay Bee PEACE YOW


Sunday, 19 February 2012

"FAHAM KE ERTI TAMADUN?"


Astarfirullah...apa nak jadi dengan segelintir masyarakat tempatan seperti ini..patutkan jawapan "memang saya tidak bertamadun" menyebabkan terjebak dgn gejala maksiat sebegini?..jika diperhati dari pakaian tu ada la sikit ciri tak bertamadun..singkat...2x pandang tidak pula di perboau dari kulit binatang @ kulit pokok?...ada handbag pulak..handphone dah2 la sah yg canggih paling tak de pun samsung..hmm mana tidak bertamadunnya?..bogel rm250..seks dalam tandas rm500..Wahai lelaki berhidung belang gunakan lah wang kamu ke arah yg bermanfaat masih byk rumah2 anak2 yatim yg sedia menerima bantuan derma dari anda..masih byk tabung2 di masjid2 yg perlu di isi lepas solat jumaat....psssst..berapa anda derma lepas solat jumaat?...tak kan la sehengget?..itu dah terlebih tamadun namanya..Pada wanita yg terlibat..janda bukan sebab punca anda memilih jalan seperti ini..adakah kerana mengejar kehidupan bertamadun?..jual nasi lemak pun rezeki juga..andakah anda dahulu tidak terfikir akan maruah keluarga?..kalau dah tak fikir tu mmg sah la tak de tamadun..tapi...bila di tangkap tau pulak cover2 muka?..aku ingat orang tak bertamadun ni dah takde rasa malu..owhhh aku faham..dia malu kot2 anak2 depa terbaca kat paper hari ini..Syabas di ucapkan kepada Pasukan D7 PDRM dan petugas Jabatan Agama Islam..teruskan usaha anda mendedahkan kegiatan yg  di dakwa penggiatnya "tidak bertamadun" ini....aku teringin nak jerit cam ni..boleh ea?..."TAK BERTAMADUN LA SANGAT" (ala2 boboi)..Jay Bee..PEACE YOWW

Tuesday, 14 February 2012

"AKU MEMANG TIDAKLAH"


Assalamualaikum pada semua dipagi 14/2/2012 ini..Hari ini semasa memasuki kolej tempat kerja ku..mata aku tertumpu pada sekumpulan staff yang segak bersongkok kelihatan sungguh tampan.Dalam hati berkata apa yg disembangkan pada pemandu2 yg hendak melalui pintu pagar kolej..hmmm di hulur pulak 2 goodies..makin buat aku ghairah nak tahu apakan kebendanya...Kiranya boleh la aku nak berkongsi ngn korang apa yg aku dapat tadi.."AWAS JERAT VALENTINE'S DAY"

"MENGAPA MESTI TOLAK"
i. Bercanggah dengan syarak...Sabda Rasulullah s.a.w "Sesiapa yg mengamalkan perkara yg bukan drpd amalan kami..maka ia akan di tolak (Riwayat Bukhari &Muslim)
ii. Mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Islam di Cordova pada 14 Feb 270M
iii. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah memutuskan amalan merayakan malam valentine's tidak pernah dia anjurkan oleh Islam kerana mempunyai unsur2 kristian,memuja roh,bercampur dengan perbuatan maksiat maka "Hari Kekasih" di haramkan amalannya kepada semua penganut beragama Islam di negara malaysia. 

Rata2 kita perhati pada malam ini ramai pasangan akan keluar dating@makan malam secara sengaja @ tidak seolah2 merayakan pemujaan si valentine ini..jika anda ada berniat seperti ini elok la fikir semula..berapa ramai antara kita yg ke masjid2 masa maulidur rasul tempoh hari?...tidak kira la lelaki @ wanita..silap2 masjid di kampung...taman..pun ada yg tak penah jejak..maklumla bekerja..jumaat dah tentu di kawasan pejabat..itu pun kalau pergi..yang wanita pula time jumaat la nk window shoppingnya...maaf jika keterlaluan perkataan ku..Pada ibu bapa awasilah anak anda malam ini..jika berjauhan tu ada baiknya talipon..sekurang2nya anda telah bagi amaran @ nasehat yg mana perlu....Pada Majlis Agama Islam Tempatan pula ini cadangan drpd aku yg jahil..apa kata buat serbuan di hotel berbintang2 yg menganjurkan "Malam Hari Kekasih" jika benar2 hendak membendung amalan ini..jangan lah asik2 serbu hotel murah..disco..sekali sekala @ setiap kali tiba hari seperti ini tiada kompromi no star @ berstar2 kerana unsur maksiat ada di mana2 so kena la berlaku adil n saksama demi agama..betul@tidak?...pehak berkuasa fikirkan lah..Assalamualaikum.."PEACE YOW"

Tuesday, 7 February 2012


Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua teman blogger...Tersenyum sendirian bila aku membaca berita utama salah satu akhbar popular tempatan...terdelima ada..terkasima pun ada..."Seru Jin Inggeris" untuk lulus subjek B.I yang mana diamalkan pelajar IPT..dah terjamin keberkesanannya kata 2 si pengamalnya lebih senang kata tuan punya sementara "jin mat saleh" ni..Wow!!!!!! dengan membelanjakan rm350 lulus korang ea..lepas ni sah glemer la tok bomoh korang ek..kaya2 pas ni..Tapi sayang seribu kali sayang..kita baru saja menyambut maulidur rasul...tahukah kamu perbuatan kamu tu "khurafat".."syirik"..singkat sungguh akal kamu walaupun dah jadi mahasiswa...kamu dah sememang pandai jika tidak masakan leh bertapak di IPT..kamu hanya perlu menelaah pelajaran sedikit sahaja..berusaha..bak kata orang tua2..."benih yg baik di campak ke laut akan menjadi pulau"...usaha campur meminta kepadaNya pun sudah memadai...tidakkah kamu terfikir tindakan ni menipu?..menipu diri..guru..makayah...dari keterangan kamu diakhbar ianya sangat mudah digunakan..tampa amalan..tanpa bacaan..tapi ingat sekarang ni banyak "CAS TERSEMBUNYI"...nanti "JANGAN PANDANG BELAKANG"....bayangkan jika kamu dapat kerja nanti,pertuturan inggeris kamu tak seiring dengan ijazah@diploma anda..MALU....MALU...nak dikata pun hal dah jadi...lepas ini makin popular la tok moh kamu..jgn lupa soh dia daftar kat Kementerian Pelajaran dan Jabatan Agama Islam..hmmm terlanjur dah sebut ni aku mohon la pada pehak Jabatan Agama Islam siasat la perkara ini...jgn biarkan ramai pelajar kita tersesat..pada Kementerian Pelajaran juga kena menbantu jika tidak mahu banyak jin berkeliaran dikawasan IPT2..cuba bayang tu baru jin inggeris?..klu semua subjek berjin?..amacam?..Aku rasa cukupla takat ni je aku membebel..kamu semua orang yang bijak2 belaka...aku cuma nak kamu yg dah terlibat perfikir sejenak..cukup lah setakat kamu janganlah heret kawan2 mahasiswa lain melakukan pembohongan ini..belajarlah dengan tekun itu saja kuncinya disamping tidak lupa meminta padaNya setiap kali lepas solat...BERTAUBATLAH..

Sunday, 5 February 2012



Assalamualaikum ku ucap di pagi yg teragung ini..Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat sekelian umat Islam..Perbanyakkan lah selawat keatas nabi..teladani lah sifat2 murni beliau..cintailah beliau..rapatkan diri dgn rasulullah nescaya kita diberkati di akhirat kelak...amin ya rabbal alamin..