Friday, 6 January 2012

"RASUAH LAGI"


Assalamualaikum..Sekalung "tahniah" aku ucapkan pada kejayaan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan  sumber2nya sehingga terbongkar 1 lagi kes yg menggemparkan negara kita..Masyaallah...cash saja lebih dari Rm 700,000 disorokkan di beberapa bahagian rumah sampai dalam telekung yang digunakan untuk isteri @ anak menghadap tuhan pun di jadikan tempat sorok...dimanakan akal kamu wahai insan...dimanakah kewarasan kamu wahai bapa...dimanakah sifat amanah kamu wahai Penjawat Awam..Siapa sangka seorang Pegawai Jabatan Hutan boleh mengamalkan makan rasuah sebegini punya banyak..tadi tu Rm cash..4 akaun saham berasingan bernilai Rm 4 Juta...Selama ni kita nampak Polis..JPJ..yang di perkata banyak makan rasuah itu kerana dia orang yang hampir dgn kita di jalanraya...cuba tengok keje dalam hutan boleh peroleh sebegini punya banyak hasil rasuah..Ini lah yang dikatakan "Orang Tamak Selalu Rugi"..kasihan malu terpalit pada semua keluarga..satu keturunan merasa aib..Syabas pada pihak SPRM..teruskan kejayaan ini di masa akan datang..diperluaskan lagi ke semua sektor...Ini baru "ikan kembung".."ikan bawal".."ikan merah" bila lagi?..Rasa bosan gak bila terbaca "ikan bilis" je yg kena..biasa la tu gaji depa ciput..yang bergaji besar pulak apa alasannya?..Aku rasa tentu "Rm beraja dimata"...lupa halal haram...lupa Allah...Pada para isteri  ingin aku sarankan..pekalah dengan gaji suami anda..klu berbelanja agak mewah tu cuba2 la tanya.."buat loan" bank ke?...tak pun paling jahat.."kena lottery" ke...jangan main seronok di tabur dengan kemewahan...masa enjoy berjoli katak tak igt nak tanya...yang terkeluar "sayang abang"...ye lah di tabur Rm...tapi bila dah kena cekup.."abang melayang"...biasa aku dengar tu..hilang janji sehidup semati ko...Bicara aku hari ini..maaf.."Siapa Makan Cili" terasalah pedasnya..hentikan lah perbuatan yang tidak sihat ini..tidak kira pejawat awam @ swasta..Jangan mencari kesenangan dengan jalan yg mudah...bersikap amanah lah bila menjalankan tugas anda..Untuk SPRM pula..dedahkan pula si pemberi rasuah baru rasa ada keadilan..tidak salah jika aku perkatakan pemberi maklumat juga bertindak pemberi rasuah..sebab apa?...sebab dah tak tahan..bak kata orang tionghua.."hali2 mau"...renungkan lah wahai semua pembaca..PEACEEEEE YOWWW

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana tinggalkan komen anda :)