Wednesday, 14 March 2012

"INI BUKAN JIRAN TAPI SETAN"


Assalamualikum..suasana pagi sejak semalam kita di gemparkan dengan terbongkarnya satu misteri kehilangan adik "Dirang"di Masai Johor..sebelum itu sekalung tahniah n syabas pada pasukan PDRM dan pemberi maklumat  sehingga menbawa kepada 4 tangkapan termasuk si bapa mangsa..hmmm dendam..akibat dendam di"hina" nenek si mangsa,seorang jiran sanggup membunuh gadis seusia 5tahun...mari kita letak situasi kita  menjadi Dirang sebentar..cuba bayang detik2 akhir bergelut dgn maut..adakah dia dirogol...dan adakah selepas itu di cekik  hingga mati?....di pukul dikepala dgn objek keras?..Ya Allah...bagaimana dia mengelitik mintak nyawa..dan akhirnya dibakar..Jiran yg sepatutnya bagaikan saudara bertukar menjadi bintang buas..siapa yg hendak di persalahkan dalam hal ini?..Secara civil sudah tentulah si jiran yg bersalah..tapi terfikirkah puncanya..sebab di hina?..itu mungkin salah satu sebab..hukuman biarlah di adili di mahkamah..tapi sebelum itu jika si nenek membaca entry aku ini..saya mohon si nenek berfikir sejenak..Nenek..adakah anda sedar ini semua berpunca dari mulut kamu yg celupar...menghina kata tanpa memikirkan maruah orang hingga menjadi demdam kesumat..kerana mulut nenek..anda telah menukar@mencipta seorang jiran yg baik menjadi pembunuh yang amat kejam dan seorang cucu anda menjadi mangsa..ye semua akibat mulut kamu wahai nenek..."KERANA PULUT SANTAN BINASA,KERANA MULUT CUCU JADI MANGSA"...Moralnya disini..jagalah setiap apa yg hendak di perkatakan..fikirlah dahulu perasaan orang lain tidak kira walau kita sedang marah...kita dikurniakan akal...berfikirlah secara waras..Wahai si nenek maafkan aku kerana mencoret sebegini rupa..aku cuma mahu kamu berfikir sejenak kerana yang tua tk semestinya semua betul dan yang muda tak seharus dipandang serong..Al-fatihah buat adik Dirang..jaybee..PEACE YOWW

Sunday, 11 March 2012

"MARI KITA RENUNGKAN"


Assalamualaikum n salam sejahtera..aku rasa kita selalu terdengar @ ada dikalangan kita @ ahli kelurga yg dikatakan terkena buatan orang iaitu "SANTAU"..apa pendapat korang akan hal ini?..aku tertarik bila membaca satu artikel di akhbar tempatan ni yg para doktor2 & saintis2 di dunia seolah2 menidakkan kewujudan alam ghaib..ganguan jin @ yg sewaktu dengannya..aku amik sikit je lah ea kang banyak2 kena saman juta2 lak ekekekek..seblom tu aku nak ingatkan kat para doktor n saintis..dalam al-quran pun ada di sebut akan benar kewujudan syaitan..jin..dan kenapa serta tujuan depa2 di wujudkan tak lain & tak bukan untuk mengoda..menyesatkan anak adam..ya aku setuju hantu itu tidak wujud..yg wujud hantu kak limah saja sebb berjaya di filemkan & dapat box office kat malaysia..mari kita sama2 fikirkan dan buat rumusan punca2 yg telah di simpulkan oleh para saintis2 sedunia ini......

PUNCA:
1. mempunyai keturunan yg sakit mental
2. mempunyai sejarah sakit mental
3. melahirkan anak
4. komplikasi ketika hamil
5. komplikasi ketika melahirkan
6. masalah sosial.

Pada pendapat aku semua punca tu yang dapat di kesan di sebbkan dia npk cuba tengok yg ke 6..aku rasa itu punca segala punca yg di simpulkan oleh para saintis..so jeng3 camner pulak jika seorang pesakit datang ke klinik @ hospital balik hampa begitu sahaja bila di beritahu dia sehat,tidak sakit senang cerita sakit tak dapat di kesan oleh perubatan moden...sedangkan dia rasa dirinya sakit..hmmm sehat tapi perut busung...muntah darah..boleh ke para doktor n saintis wat penjelasan dalam hal ini?..bukan apa sbb aku pernah alami bagaimana rasa ibuku meninggal kerana santau..hostpital kerajaan @ swasta semua kata ibuku sehat..dan akhirnya meninggal..keterlaluan moden mungkin menbutakan para saintis n doktor dalam ilmu alam ghaib..please jgn nafikan kewujudan yg telah sedia ada..kajilah...ok lah korang buat la kesimpulan korang..jbee "peace yoww"

Sunday, 4 March 2012

SELAMAT DATANG


Assalamualaikum n selamat datang pada anak yang baru dilahirkan ini...sungguh comel kembar 5 lagi..jap2..ada i bby yg berbalut dgn kain pink hmm bby girl rasa aku..sekalung tahniah buat si ibu n tentu si ayah merasa bangga..."aku ada 5 bby kembar..kamu ada?" agaknya itulah yg diperkatakan dalam hati..melihat bby comel ni berbaring sederet,kalau la aku boleh ada kembar 5 cam ni alangkah happynya..sah berlaku kekalutan semasa nak beri susu..pakaikan baju..keperluan depa..tapi kekalutan tu lah yg akan buat parent dia tersenyum one day..pada parents kembar 5 ni kenalah banyak2 bersabar berilah pendidikan dunia dan akhirat yg secukupnya..wahai si anak berjanjian kamu agar menjadi masyarakat yg berguna dan yg boleh dibanggakan ibubapa kamu dan disanjung negara...amin yarabbalalamin..