Wednesday, 11 January 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua....Sekalung Tahniah buat abang2 Polis kita ini..Teruskan perkidmatan yang cemerlang demi menjaga keamanan rakyat dan negara amnya..Teringat aku masa dalam unit dulu..cam inilah keja aku...walau agak payah tapi seronok..teringin rasa nak balik kepangkuan unit lama aku..pada yg di luar sana ...berilah kerjasama dan salurkan maklumat tentang kegiatan jenayah yang anda tahu kepada Polis..maklumat anda sangat berharga..so jangan takut keselamatan anda akan dijamin..Rakyat dan Polis Bersatu Membenteras Jenayah..Pada abang2 Mat Semmat pula tingkatkan Produktiviti kurangkan Konspirasi....Syabas..PEACEEE YOWW


Friday, 6 January 2012

"RASUAH LAGI"


Assalamualaikum..Sekalung "tahniah" aku ucapkan pada kejayaan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan  sumber2nya sehingga terbongkar 1 lagi kes yg menggemparkan negara kita..Masyaallah...cash saja lebih dari Rm 700,000 disorokkan di beberapa bahagian rumah sampai dalam telekung yang digunakan untuk isteri @ anak menghadap tuhan pun di jadikan tempat sorok...dimanakan akal kamu wahai insan...dimanakah kewarasan kamu wahai bapa...dimanakah sifat amanah kamu wahai Penjawat Awam..Siapa sangka seorang Pegawai Jabatan Hutan boleh mengamalkan makan rasuah sebegini punya banyak..tadi tu Rm cash..4 akaun saham berasingan bernilai Rm 4 Juta...Selama ni kita nampak Polis..JPJ..yang di perkata banyak makan rasuah itu kerana dia orang yang hampir dgn kita di jalanraya...cuba tengok keje dalam hutan boleh peroleh sebegini punya banyak hasil rasuah..Ini lah yang dikatakan "Orang Tamak Selalu Rugi"..kasihan malu terpalit pada semua keluarga..satu keturunan merasa aib..Syabas pada pihak SPRM..teruskan kejayaan ini di masa akan datang..diperluaskan lagi ke semua sektor...Ini baru "ikan kembung".."ikan bawal".."ikan merah" bila lagi?..Rasa bosan gak bila terbaca "ikan bilis" je yg kena..biasa la tu gaji depa ciput..yang bergaji besar pulak apa alasannya?..Aku rasa tentu "Rm beraja dimata"...lupa halal haram...lupa Allah...Pada para isteri  ingin aku sarankan..pekalah dengan gaji suami anda..klu berbelanja agak mewah tu cuba2 la tanya.."buat loan" bank ke?...tak pun paling jahat.."kena lottery" ke...jangan main seronok di tabur dengan kemewahan...masa enjoy berjoli katak tak igt nak tanya...yang terkeluar "sayang abang"...ye lah di tabur Rm...tapi bila dah kena cekup.."abang melayang"...biasa aku dengar tu..hilang janji sehidup semati ko...Bicara aku hari ini..maaf.."Siapa Makan Cili" terasalah pedasnya..hentikan lah perbuatan yang tidak sihat ini..tidak kira pejawat awam @ swasta..Jangan mencari kesenangan dengan jalan yg mudah...bersikap amanah lah bila menjalankan tugas anda..Untuk SPRM pula..dedahkan pula si pemberi rasuah baru rasa ada keadilan..tidak salah jika aku perkatakan pemberi maklumat juga bertindak pemberi rasuah..sebab apa?...sebab dah tak tahan..bak kata orang tionghua.."hali2 mau"...renungkan lah wahai semua pembaca..PEACEEEEE YOWWW

Thursday, 5 January 2012

"BERANI KERANA BENAR"


Assalamualaikum...salam sejahtera..indah kan hari khamis 5 Jan 2011..Baiklah tanpa buang masa aku nak bicara pasal "berani kerana benar"..korang pasti ada dengar warta berita @ akhbar2 dalam masa seminggu ni kan.Pasti ada terbaca berkenaan "Perhimpunan pada 9 Jan 2012" di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur..Perlu ke pada pendapat korang ianya dia adakan?..hmmm permit pun tak diluluskan pihk berkuasa..perhimpunan haram jadi tu..Pengalama beberapa siri demontrasi jalanan pernah melanda negara kita dan baru_baru ini di UPSI..Pada pemikiran bijak anda tercapai ke motif demontrasi tu semua dia ada kan?...aku rasa tak sampai langsung...yg aku pelik yg tak tau menahu pun join sekali tu...nak kasi lebih meriah kot..neno..neno..neno..Pak Polisi mari..wahh ...ada yg tunjuk gagah..kebal la konon...sebutik pemedih mata di lepas setelah amarah bersurai di endahkan...maka bertempiar la lari menyelamatkan diri..sehingga ada yg mati..Pak Polisi juga di politikkan kerana konon bertindak ganas..bila ditangkap ada yg bagi bermacam-macam alasan untuk melepaskan diri..tak de pulak yang nak mengaku join rusuhan..pelik aku pelik..Bagi si penganjur bak "lempar batu sembunyi tangan" takde yg nak membela pengikut bila kena tangkap..Pak Polisi juga yang kena bebaskan setelah urusan dokumentasi...tu pun masih kata Polis salah..kalau aku bek tangkap semua sekali..tak ubah perangai "seperti melepaskan anjing tersepit"..tengok sekarang nk najur satu lagi demontrasi..Subjek masih yg sama..korang pun sedia maklum sal apa..."Rakyat Adalah Hakim"..bak kata pengasas "Kuning"...Apa kata guna suara "hakim" rakyat ini desak "dia" angkat sumpah laknat..cubala buat aku rasa lagi meriah..apa yang "dia" takut sangat nak angkat sumpah laknat tu.."berani kerana benar" wahai si yg kena tuduh...kalau "anda" tak bersalah anda tak perlu takut di laknat..klu banyak sangat dalih tu korang pun tau pasal apa kan..kenapa perlu kucar kacirkan negara yang sedang aman damai ni...Negara kita ada mahkamahnya..dari rendah sampai tinggi..yg korang nk jadi hakim ni tau ke buat keje..Kuasa kita hanya masa pilihanraya nanti..guna la sebaiknya..bukan dgn cara demontrasi2 ni..Bicara aku hari ini nak menyeru pada korang yg bijak pandai..."JANGAN" sertai demontrasi jalanan 9Jan 2012..katakan tidak..Wahai anak merdeka..hargailah apa yg kita dah kecapi sekarang..jangan main ikut saja...syukur alhamdulilah kita hidup di mesia..tengok di negara2 jiran kita..hancur negara akibat demontrasi..tak aman juga dgn tukar pemerintahan baru..jangan sampai jadi "MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI"