Tuesday, 13 December 2011

thank you

Assalamualaikum ...


Lama tak update blog,then malam nie berkesempatan nak update..firstly nak ucap thanks alot pada AM sebab buat header tuk blog aku nie.Walaupun simple header tapi sesuai la dengan blog aku..Simple2 saja (",).


               






Wednesday, 7 December 2011

KEGEMBIRAAN DAN AMANAH



Inilah aku kira saat yg paling gembira bila si suami mendapt perkhabaran dari si isteri...tentu si suami megah dan bangga.."aku lelaki sempurna" Lalu dia berkata teima kasih pada si isteri sbb sudi menjadi ibu pada zuriatnya...9 bulan 10 hari tempoh dia ambil si isteri mengandungkan zuriatnya...bak menatang minyak yg penuh..cuba tgk kaki di perut si  ibu..comel kan?...tak sabar rasa nk tunggu baby tu lahir ke dunia..


Hari yg di tunggu pasti tiba..maka sempurnalah satu keluarga..dengan amanah yg di kurniakan Allah..bak kata orang2 tua anak adalah pengikat kasih sayang..bila gaduh tu ingat anak pasti baik la semula...jangan la pulak di dera @ di buang merata2..didiklah dia dgn agama yg sempurna dunia yg mencukupi...agar tebela nasib dia n kita kelak bila kita sudah menutup mata...sayang isteri di tinggal2kan sayang anak di tangan2kan buka mendera tapi sebab mahu mendidik n sayang..


Untuk si anak pula ingat lah jasa ibubapa kamu bila sudah berjaya kelak dan jangan lupa janji kita pada Allah semasa kamu mahu di kandung didalam perut ibumu..ya janji yg perlu kita tunaikan..semua akan di tanya nanti..pada ibuku maafkan anak mu ini belum terbalas rasa jasa mu pada ku dan tak mungkin akan terbalas oleh ku..sayang ibu tidak boleh melihat kejayaan ku sekarang..moga ibu aman disana dan terimalah Al_fatihah ku setiap kali sesudah solat...amin yarabbal a'lamin

APABILA "KITA" DI SAYANGI

Assalamualaikum para pembaca..ari ni bukan aku buang tabiat..mesti korang kata "amboiii jiwang tajuk?"..Yang sebenarnya ini  tajuk khutbah jumaat yg aku dengar di salah satu masjid di pengkalan tentera di Port Dickson pada 02/12/2011 yang lepas .Pak Imam tu ada kata tak sempurna iman sesorang sebelum mereka di uji..haaa jangan ingat dah di uji makna sempurna kekadang di uji sebab nk bagi kita sedar..ada pulak yg di uji sebab atas kerosakan yg telah dibuat ada pulak di uji sebab nak di ukur tahap bersyukur kita padaNya..bukan melayu je mudah lupa malah semua makhluk ciptaanNya..Apa yang aku faham la..korang aku tak tau lain manusia lain pendapatnya atau kefahamannya..Allah sayang semua ciptanya sebab tu di uji tak kira apa pegangan hidup mereka..kita diuji semata2 untuk menyedarkan kita semua bertapa kita semua sekarang sudah terlalu jauh lalai..melakukan banyak kemusnahan..aku rasa Dia nak kita semua kembali ke pangkal jalan pada agama masing2...lebih2 lagi pada yg beragama islam tentu kita lebih peka dalam hal ni bukan...apa dia??????..itu lah amaran dari Nya...tanda2 Hari Qiamat makin hampir..Korang tengok dalam masa2 suntuk ni pun Dia masih sayang umat Nya..persoalannya...ada kah kita cintakan Allah?..renung2kan lah sahabat..Bicara aku kali ni kalau ada yang tidak boleh terima aku mohon berjuta2 maaf..aku bukan khalifah terpilih bukan imam..tapi aku hanya "Tukang Bicara"...wallahualam..