Monday, 12 August 2013
APA SUDAH JADI DENGAN KEDAMAIAN NEGARAKU MALAYSIA
Assalamualaikum para pembaca yang sudi membaca bebelan ku ini..Aku terpanggil untuk menulis dan memberi sedikit pandangan aku dalam isu yang semakim menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.Guru...Pengasas Bank...Gadis-gadis..Warga Asing dan yang terbaru ini kerani di Tumpat Kelantan.Apa puncanya kes bunuh menggunakan senjatapi berleluasa dan tambah berani meletupkan seseorang.Adakah keselamatan negara semakin longgar khasnya disempadan..Kemasukan senjatapi tanpa dapat dikesan?..Apa relevannya Unit K-9 di setiap pintu masuk negara?..semakin tumpulkan Unit Risikan?..@ kesan-kesan akibat pemansuhan ISA?..Bicaraku kali ini aku harap pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab sama-sama kita fikirkan..kami sebagai rakyat mahukan kedamaian.Sistem ISA negara kita memang sentiasa di cemuh dulunya sebagai kejam..tak berperi kemanusian kononnya,tapi aku rasa ia berhasil mencegah walau bukan 100%..paling tidak timbul rasa takut pada para penjenayah-penjenayah.Bak kata perpatah "Jangan Terhantuk,Baru Hendak Tengadah"...Mahukah kita peristiwa Presiden Keneddy berulang dan kali ini di Malaysia?..Mahu?..Bagi rakyat pula janganlah asik menuding jari pada pihak Polis disebabkan semkin ramai yang terbuhuh,boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja kejadian tembak bunuh..Masyarakat juga perlu memainkan peranan jika diminta tampil untuk menbantu siasatan...ada yang menyaksikan kejadian..mungkin sebab ada yang berkata "bukan saudara aku"...Sudah tiba masanya "Pihak-pihak" di atas sana membahaskan isu ini dengan seberapa segera sebelom ianya menjadi parah..Saya sebagai rakyat Malaysia yang setiap 5 tahun sekali menbuang undi untuk kerajaan hari ini memohon dan menyokong sekiranya sistem ISA diperkuatkuasakan semula..Maaf sekiraanya ada dikalangan orang-orang "Pihak"atasan,mahupun "Pehak" atasan berkaitan menbaca penulisan saya yang lancang ini...saya memohon ampun dan maaf terlebih dahulu kerana saya buta undang-undang..saya menulis dari hati yang cintakan keamanan....."Ehh wa kenal mak lu...Betul ke Bohong?"....Assalamulaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sama2 kita doakan keamanan negara akan berkekalan... hargailah apa yang kita kecapi kini
ReplyDelete