Tuesday, 14 February 2012

"AKU MEMANG TIDAKLAH"


Assalamualaikum pada semua dipagi 14/2/2012 ini..Hari ini semasa memasuki kolej tempat kerja ku..mata aku tertumpu pada sekumpulan staff yang segak bersongkok kelihatan sungguh tampan.Dalam hati berkata apa yg disembangkan pada pemandu2 yg hendak melalui pintu pagar kolej..hmmm di hulur pulak 2 goodies..makin buat aku ghairah nak tahu apakan kebendanya...Kiranya boleh la aku nak berkongsi ngn korang apa yg aku dapat tadi.."AWAS JERAT VALENTINE'S DAY"

"MENGAPA MESTI TOLAK"
i. Bercanggah dengan syarak...Sabda Rasulullah s.a.w "Sesiapa yg mengamalkan perkara yg bukan drpd amalan kami..maka ia akan di tolak (Riwayat Bukhari &Muslim)
ii. Mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Islam di Cordova pada 14 Feb 270M
iii. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah memutuskan amalan merayakan malam valentine's tidak pernah dia anjurkan oleh Islam kerana mempunyai unsur2 kristian,memuja roh,bercampur dengan perbuatan maksiat maka "Hari Kekasih" di haramkan amalannya kepada semua penganut beragama Islam di negara malaysia. 

Rata2 kita perhati pada malam ini ramai pasangan akan keluar dating@makan malam secara sengaja @ tidak seolah2 merayakan pemujaan si valentine ini..jika anda ada berniat seperti ini elok la fikir semula..berapa ramai antara kita yg ke masjid2 masa maulidur rasul tempoh hari?...tidak kira la lelaki @ wanita..silap2 masjid di kampung...taman..pun ada yg tak penah jejak..maklumla bekerja..jumaat dah tentu di kawasan pejabat..itu pun kalau pergi..yang wanita pula time jumaat la nk window shoppingnya...maaf jika keterlaluan perkataan ku..Pada ibu bapa awasilah anak anda malam ini..jika berjauhan tu ada baiknya talipon..sekurang2nya anda telah bagi amaran @ nasehat yg mana perlu....Pada Majlis Agama Islam Tempatan pula ini cadangan drpd aku yg jahil..apa kata buat serbuan di hotel berbintang2 yg menganjurkan "Malam Hari Kekasih" jika benar2 hendak membendung amalan ini..jangan lah asik2 serbu hotel murah..disco..sekali sekala @ setiap kali tiba hari seperti ini tiada kompromi no star @ berstar2 kerana unsur maksiat ada di mana2 so kena la berlaku adil n saksama demi agama..betul@tidak?...pehak berkuasa fikirkan lah..Assalamualaikum.."PEACE YOW"

Tuesday, 7 February 2012


Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua teman blogger...Tersenyum sendirian bila aku membaca berita utama salah satu akhbar popular tempatan...terdelima ada..terkasima pun ada..."Seru Jin Inggeris" untuk lulus subjek B.I yang mana diamalkan pelajar IPT..dah terjamin keberkesanannya kata 2 si pengamalnya lebih senang kata tuan punya sementara "jin mat saleh" ni..Wow!!!!!! dengan membelanjakan rm350 lulus korang ea..lepas ni sah glemer la tok bomoh korang ek..kaya2 pas ni..Tapi sayang seribu kali sayang..kita baru saja menyambut maulidur rasul...tahukah kamu perbuatan kamu tu "khurafat".."syirik"..singkat sungguh akal kamu walaupun dah jadi mahasiswa...kamu dah sememang pandai jika tidak masakan leh bertapak di IPT..kamu hanya perlu menelaah pelajaran sedikit sahaja..berusaha..bak kata orang tua2..."benih yg baik di campak ke laut akan menjadi pulau"...usaha campur meminta kepadaNya pun sudah memadai...tidakkah kamu terfikir tindakan ni menipu?..menipu diri..guru..makayah...dari keterangan kamu diakhbar ianya sangat mudah digunakan..tampa amalan..tanpa bacaan..tapi ingat sekarang ni banyak "CAS TERSEMBUNYI"...nanti "JANGAN PANDANG BELAKANG"....bayangkan jika kamu dapat kerja nanti,pertuturan inggeris kamu tak seiring dengan ijazah@diploma anda..MALU....MALU...nak dikata pun hal dah jadi...lepas ini makin popular la tok moh kamu..jgn lupa soh dia daftar kat Kementerian Pelajaran dan Jabatan Agama Islam..hmmm terlanjur dah sebut ni aku mohon la pada pehak Jabatan Agama Islam siasat la perkara ini...jgn biarkan ramai pelajar kita tersesat..pada Kementerian Pelajaran juga kena menbantu jika tidak mahu banyak jin berkeliaran dikawasan IPT2..cuba bayang tu baru jin inggeris?..klu semua subjek berjin?..amacam?..Aku rasa cukupla takat ni je aku membebel..kamu semua orang yang bijak2 belaka...aku cuma nak kamu yg dah terlibat perfikir sejenak..cukup lah setakat kamu janganlah heret kawan2 mahasiswa lain melakukan pembohongan ini..belajarlah dengan tekun itu saja kuncinya disamping tidak lupa meminta padaNya setiap kali lepas solat...BERTAUBATLAH..

Sunday, 5 February 2012



Assalamualaikum ku ucap di pagi yg teragung ini..Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat sekelian umat Islam..Perbanyakkan lah selawat keatas nabi..teladani lah sifat2 murni beliau..cintailah beliau..rapatkan diri dgn rasulullah nescaya kita diberkati di akhirat kelak...amin ya rabbal alamin..