Saturday, 25 February 2012

"APA DAH JADI"


Assalamualikum..ceriakan lah pagi anda..senyum selalu kerana senyum itu adalah sedekah dan senaman yg baik untuk muka anda..tapi jgn 24jam senyum sendiri nanti ada yg kata "sinting" pulak ekekek..Apa dah jadi cuba tengok keratan akhbar tu...hishh...kenapa la ada wanita yg selamba melondeh pakaian untuk di jadikan model demo?....macamana permit boleh di perolehi?...tiadakah pemantauan dari pihak berkuasa tertentu?...mujur ada pasangan suami isteri yg membuat pendedahan ini...Jika hendak anjur kursus urutan sekali pun pihak penganjur kenalah pastikan masa membuat demo tu dia asingkan antara laki2 dan wanita..walau di asing sekali pun..masa demo tu agak2 la..tak kan sampai berbogel..ini kursus urut @ kursus meraba?..pada si model pulak kenapa la anda tidak berfikir panjang...anak siapa la tu?...nk glemer pun buat la cara lain..tidak malu kan setiap milimeter tubuh anda di ratap mata laki2 dan ppuan?..hmm watnya ada kurap?..pada si pembuat demo pulak puaslah awak meraba tubuh si wanita tu...free..sapa yg tak nak ye tak?..DBKL buat la sesuatu pada masa2 akan datang..jgn fikir keuntungan yg masuk sahaja..berilah sedikit perhatian,tidak salah rasa meletakkan seorang anggota di setiap kursus sebegini untuk tujuan pemantauan kerana pihak anda yg mengeluarkan permit..@ tubuhkan satu unit pemantaun dan siasatan Jabatan Agama Islam...POLIS pun boleh di pelawa menyertai unit demi menbenteras perkara mungkar...Rasa semacam sudah tahu alasannya.."Kurang Kakitangan"..tapi boleh di pertimbangkan bukan cadangan bodoh aku ini?.Bila sudah ada pendedahan seperti ini warga malaysia akan pasti berkata dgn sebutan baru "APA CELOP?"..siapa yang nak jawap semua ini agaknya dan apa tindakan terhadap penganjur kursus?..aku akan nantikan perkembangan kes ni..telus @ tidak.Rasa sudah cukup kot aku bebel pepagi ni yg di luar sana hati2 lah sebelum menyertai apa2 jenis kursus..Jay Bee PEACE YOW


Sunday, 19 February 2012

"FAHAM KE ERTI TAMADUN?"


Astarfirullah...apa nak jadi dengan segelintir masyarakat tempatan seperti ini..patutkan jawapan "memang saya tidak bertamadun" menyebabkan terjebak dgn gejala maksiat sebegini?..jika diperhati dari pakaian tu ada la sikit ciri tak bertamadun..singkat...2x pandang tidak pula di perboau dari kulit binatang @ kulit pokok?...ada handbag pulak..handphone dah2 la sah yg canggih paling tak de pun samsung..hmm mana tidak bertamadunnya?..bogel rm250..seks dalam tandas rm500..Wahai lelaki berhidung belang gunakan lah wang kamu ke arah yg bermanfaat masih byk rumah2 anak2 yatim yg sedia menerima bantuan derma dari anda..masih byk tabung2 di masjid2 yg perlu di isi lepas solat jumaat....psssst..berapa anda derma lepas solat jumaat?...tak kan la sehengget?..itu dah terlebih tamadun namanya..Pada wanita yg terlibat..janda bukan sebab punca anda memilih jalan seperti ini..adakah kerana mengejar kehidupan bertamadun?..jual nasi lemak pun rezeki juga..andakah anda dahulu tidak terfikir akan maruah keluarga?..kalau dah tak fikir tu mmg sah la tak de tamadun..tapi...bila di tangkap tau pulak cover2 muka?..aku ingat orang tak bertamadun ni dah takde rasa malu..owhhh aku faham..dia malu kot2 anak2 depa terbaca kat paper hari ini..Syabas di ucapkan kepada Pasukan D7 PDRM dan petugas Jabatan Agama Islam..teruskan usaha anda mendedahkan kegiatan yg  di dakwa penggiatnya "tidak bertamadun" ini....aku teringin nak jerit cam ni..boleh ea?..."TAK BERTAMADUN LA SANGAT" (ala2 boboi)..Jay Bee..PEACE YOWW

Tuesday, 14 February 2012

"AKU MEMANG TIDAKLAH"


Assalamualaikum pada semua dipagi 14/2/2012 ini..Hari ini semasa memasuki kolej tempat kerja ku..mata aku tertumpu pada sekumpulan staff yang segak bersongkok kelihatan sungguh tampan.Dalam hati berkata apa yg disembangkan pada pemandu2 yg hendak melalui pintu pagar kolej..hmmm di hulur pulak 2 goodies..makin buat aku ghairah nak tahu apakan kebendanya...Kiranya boleh la aku nak berkongsi ngn korang apa yg aku dapat tadi.."AWAS JERAT VALENTINE'S DAY"

"MENGAPA MESTI TOLAK"
i. Bercanggah dengan syarak...Sabda Rasulullah s.a.w "Sesiapa yg mengamalkan perkara yg bukan drpd amalan kami..maka ia akan di tolak (Riwayat Bukhari &Muslim)
ii. Mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Islam di Cordova pada 14 Feb 270M
iii. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah memutuskan amalan merayakan malam valentine's tidak pernah dia anjurkan oleh Islam kerana mempunyai unsur2 kristian,memuja roh,bercampur dengan perbuatan maksiat maka "Hari Kekasih" di haramkan amalannya kepada semua penganut beragama Islam di negara malaysia. 

Rata2 kita perhati pada malam ini ramai pasangan akan keluar dating@makan malam secara sengaja @ tidak seolah2 merayakan pemujaan si valentine ini..jika anda ada berniat seperti ini elok la fikir semula..berapa ramai antara kita yg ke masjid2 masa maulidur rasul tempoh hari?...tidak kira la lelaki @ wanita..silap2 masjid di kampung...taman..pun ada yg tak penah jejak..maklumla bekerja..jumaat dah tentu di kawasan pejabat..itu pun kalau pergi..yang wanita pula time jumaat la nk window shoppingnya...maaf jika keterlaluan perkataan ku..Pada ibu bapa awasilah anak anda malam ini..jika berjauhan tu ada baiknya talipon..sekurang2nya anda telah bagi amaran @ nasehat yg mana perlu....Pada Majlis Agama Islam Tempatan pula ini cadangan drpd aku yg jahil..apa kata buat serbuan di hotel berbintang2 yg menganjurkan "Malam Hari Kekasih" jika benar2 hendak membendung amalan ini..jangan lah asik2 serbu hotel murah..disco..sekali sekala @ setiap kali tiba hari seperti ini tiada kompromi no star @ berstar2 kerana unsur maksiat ada di mana2 so kena la berlaku adil n saksama demi agama..betul@tidak?...pehak berkuasa fikirkan lah..Assalamualaikum.."PEACE YOW"

Tuesday, 7 February 2012


Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua teman blogger...Tersenyum sendirian bila aku membaca berita utama salah satu akhbar popular tempatan...terdelima ada..terkasima pun ada..."Seru Jin Inggeris" untuk lulus subjek B.I yang mana diamalkan pelajar IPT..dah terjamin keberkesanannya kata 2 si pengamalnya lebih senang kata tuan punya sementara "jin mat saleh" ni..Wow!!!!!! dengan membelanjakan rm350 lulus korang ea..lepas ni sah glemer la tok bomoh korang ek..kaya2 pas ni..Tapi sayang seribu kali sayang..kita baru saja menyambut maulidur rasul...tahukah kamu perbuatan kamu tu "khurafat".."syirik"..singkat sungguh akal kamu walaupun dah jadi mahasiswa...kamu dah sememang pandai jika tidak masakan leh bertapak di IPT..kamu hanya perlu menelaah pelajaran sedikit sahaja..berusaha..bak kata orang tua2..."benih yg baik di campak ke laut akan menjadi pulau"...usaha campur meminta kepadaNya pun sudah memadai...tidakkah kamu terfikir tindakan ni menipu?..menipu diri..guru..makayah...dari keterangan kamu diakhbar ianya sangat mudah digunakan..tampa amalan..tanpa bacaan..tapi ingat sekarang ni banyak "CAS TERSEMBUNYI"...nanti "JANGAN PANDANG BELAKANG"....bayangkan jika kamu dapat kerja nanti,pertuturan inggeris kamu tak seiring dengan ijazah@diploma anda..MALU....MALU...nak dikata pun hal dah jadi...lepas ini makin popular la tok moh kamu..jgn lupa soh dia daftar kat Kementerian Pelajaran dan Jabatan Agama Islam..hmmm terlanjur dah sebut ni aku mohon la pada pehak Jabatan Agama Islam siasat la perkara ini...jgn biarkan ramai pelajar kita tersesat..pada Kementerian Pelajaran juga kena menbantu jika tidak mahu banyak jin berkeliaran dikawasan IPT2..cuba bayang tu baru jin inggeris?..klu semua subjek berjin?..amacam?..Aku rasa cukupla takat ni je aku membebel..kamu semua orang yang bijak2 belaka...aku cuma nak kamu yg dah terlibat perfikir sejenak..cukup lah setakat kamu janganlah heret kawan2 mahasiswa lain melakukan pembohongan ini..belajarlah dengan tekun itu saja kuncinya disamping tidak lupa meminta padaNya setiap kali lepas solat...BERTAUBATLAH..

Sunday, 5 February 2012



Assalamualaikum ku ucap di pagi yg teragung ini..Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat sekelian umat Islam..Perbanyakkan lah selawat keatas nabi..teladani lah sifat2 murni beliau..cintailah beliau..rapatkan diri dgn rasulullah nescaya kita diberkati di akhirat kelak...amin ya rabbal alamin..